Saturday, February 4, 2012

Lagu syahdu Ya Rasulullah

~Ya Rasulullah, indahnya dunia ini andai Engkau masih ada~
Jika kita adalah guru, ahli farmasi, doktor, arkitek, engineer, penulis, ketua keluarga, bakal suami, isteri, anak, ibu bapa, majikan, pekerja, student, bisnesman, penulis, artis, ahli politik, saintis, hatta manusia biasa sekalipun, atau apapun kita, cubalah, cuba, cuba contohi baginda SAW.. Banyakkan baca SIRAH dan amalkan sunnah baginda, barulah rasa cinta itu timbul.. Kalau tak kenal, macam mana nak cinta...? (:
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...

http://www.youtube.com/watch?v=bYmmXkvVpBk&feature=related

Saturday, January 14, 2012

Ada apa pada blog...?

Assalamualaikum...

Persoalan di atas pernah terlintas dlm fikiran. Ditambah dgn soalan ini: Kenapa ada blog? Best ke? Org ada blog ni bagus sangat ke? Dan macam2 lagi.

Ternyata, semua monolog di atas pernah ada dalam fikiran ketika diriku masih mentah dan tidak pernah cuba untuk mencari serta menyampaikan ilmu.

Kini, setelah diri ini meninggalkan alam persekolahan, terasa seperti diri ini sunyi dari suasana diini yg pernah dilalui di sekolah menengah. Keadaan ini menyebabkan aku mencari, mencari, dan terus mencari pelbagai ilmu dari segenap ruang yg boleh dicapai termasuklah web2, majalah, akhbar, kitab2, video2, usrah, rancangan tv, blog2, facebook, dan sebagainya.

InsyaAllah, dgn hadirnya blog ini, aku berharap aku bisa tergolong dlm golongan org yg menyampaikan ilmu Allah, walaupun diri ini masih banyak kekurangan dan tiada ilmu. Kerana aku yakin, Allah menolong org2 yg menegakkan agamaNya. Dan sehingga kini aku berpegang pada kata-kata ini:

" Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan " -HASSAN AL-BANNA-


Sekian saja coretan pertama dariku. Perkongsian ilmu amatlah dialu2kan dan amat diharapkan. InsyaAllah, blog ini akan diupdate, walaupun mungkin tidak terlalu aktif.. Maklumlah... :)


Assalamualaikum...